Monday, September 29, 2014

Homemade | Roti

Assalam,


Aku sekarang tgh belajar buat roti, pertama kali dlm hidup aku cuba buat, khas utk anakku yg menyukai akan roti. Aku mmg dah tak beli roti dipasaran,  aku juga dah jarang amat mkn diluar, hanya masak dirumah sahaja.


ni first roti yg aku buat, klakor nampak sgt tak pernah buat roti.hehehe...roti ni, tak berapa menjadi sgt sbb tak berapa gebu. Aku ikut resepi buat doh pizza. Bahan bahannya hanya tepung gandum, olive oil, dan yis shj. Atas roti tu aku siramkan dgn salt karamel.







Roti seterusnya, baru jd gebu dan rasanya blh tahan sbb ada coklatkannn.hehehe...Roti ni mmg sekejap je abis. Org kat rumah suka mamm coklat....sama bahan dgn roti first, cuma aku tambah bahan iaitu pure butter + olive oil....butter dicairkan bersama dgn olive oil...









Roti potatosss, tak jadi.hahaha....sbb roti ni jd berat ( bantat lerrrr)...maybe aku tak pandai olah campuran tepung dgn kentang lg. So roti ni, aku potong dua sapu dgn cmpuran butter dan garlic. Aku bakar atas kuali...jd rangup....so abis jgk..hehehe....





ok, ni roti paling best. roti ni sgt gebu dan gula kat atas tu jd karamel bila dibakar. Aku mmg tak pakai tepung roti, sortening (betul ke ejaan?), bread improver dan seangkatan dgnnya...just simple bahan tp blh hasilkan roti sama mcm roti yg guna tambahan bahan tersebut. Aku share resepi, bahan bahannya ialah :


2 cawan tepung gandum (perlu di ayak terlebih dahulu)
yis kering + gula perang ( air suam 1 cawan, masukkan 4 sudu gula perang dan masukkan sesudu yis)
pure butter + olive oil + sesudu kecil garam + telur ( pure butter dlm 4 sudu besar dicairkan bersama 2 sudu olive oil dan letakkan sesudu kecil garam, bila dah sejuk baru masukkan telur sebiji dan hanya kacau dlm 2 3 saat shj)
susu segar ( dalam suku cawan)


Tepung tu, buatkan lubang ditengahnya. masukkan campuran butter td...masukkan yis dan digaul bg sebati(perhhh sebati..hahaha)...lepastu, baru dimasukkan susu...


ok ni tips paling penting, nak kembangkan doh, doh perlu ditutup dgn kain lembab...pastu biar doh tu dlm sejam. aku jemur doh tu dibwh sinaran cahaya matahari. doh akan jd sgt cantik kembangnya dan berkilat. nak tau roti yg kita buat gebu atau tidak...tgk dari kekilatan doh tu...aku dpt mana tips ni?...ok, makcik kat opis ni selalu story mcm mana org 2 dahulu hasilkan kuih muih yg sedap dan tahan lama. contoh kuih bahulu, boleh tahan sampai 4 bulan lamanya. org2 dahulu selalu jemur kan tepung dahulu baru buat kuih...so ak dpt ilham dari sini..hahaha...padahal org lain dh lama buat..hihihi....


atas roti tu, aku sapu kuning telur dahulu, lps tu aku blend gula perang, dan taburkan atas roti, bakar dlm 15 minit suhu 170c (ikut suhu oven masing2)..siap aku taburkan gula lg..mkn panas panas mmg syok..perhhh...hihihi...










p/s: badan tgh tak sedap, dedar2 gituuu...fikiran menerawangggg...huhuhu....

No comments: