Thursday, September 11, 2014

Rawatan Cirit Birit Anak:natural remedies

Assalam,


Anakku ini mmg terkenal dgn cirit birit, dari sejak lahir hingga sekarang. Masa bayi dulu mmg aku risau sgt, yelah membuangnya lbh 10 kali sehari.waduhhh kesian sgt nengok tau, sampai punggungnya melecet merah.





Cara rawatan natural, adalah MADU. Nak rawat secara natural ni, mak mak kena tuff/gigih. Sebabnya anakku ini cirit birit dlm tempoh seminggu, tu paling maksimum, nanti mak sedikit penat.Takpe, tu semua mendatangkan pahala kannn. Selagi anakku masih lg minum air, mkn dgn byk, muka tak pucat, selagi tu aku blh bertenang dgn baik. Jika anak lembik taknak minum air, taknak mkn...akan ku paksa juga bagi. Mcm Mohammad ni aku selalu ckp "tu kucing suruh minum air ni" takpun "pinpin ckp dgn ibu suruh mohammad mkn"...haaaa cara psiko gituuu....hehehe...




Mohammad ni dulu suka sgt mkn madu, ni kenapa ntah bila dah besar sikit taknak pula madu. Mengundang kegeraman ibunya betul...gggrrrr...So salah satu cara aku bg adalah masukkan sesudu madu dalam botol susu dan masukkan secubit susu ( anakku dh kenal warna susu kwn2)...aiyakkk...kalo botol tu warna jernih dia taknak, so kena psiko gitulah. Jika anak anak korang blh mam madu gitu, tu lg bagus.Aku bagi dua kali sehari pg dan mlm. Tempoh masa aku bg dalam tiga hari, lepas tu terus ok.



Masa anak cirit birit ni, sila kurangkan susu pada anak. kalau yg menyusu ibu tu takpe(istimewanya susu ibu). Banyak bg bubur pada anak, lg bagus letak secubit chia seed. Bagi makanan yg lembut pada anak ye sepanjang tempoh cirit birit ini.. In Sya Allah, dgn cara ini anak akan pulih dgn izin Allah.



Anakku bila pandai bercakap ni, dah pandai mengadu "perut sakit buu". Selalunya aku sapukan minyak butbut pada kaki dan perut, sampailah anakku tido. ok, nanti aku share rawatan natural remedies utk melecet di punggung.tataaa.






p/s: sekarang ni aku bg full air mineral dekat Mohammad, utk minuman harian dan bancuh dlm susu.kuranglah batuk dgn selsema mohammad.

1 comment:

VE said...

Assalamualaikum. Selamat berkenalan. Ye..saya pun guna madu bila anak semput, selsema, batuk2..alhamdulillah berkesan. :)