Friday, September 19, 2014

Toner Natural | Homemade

Assalam,

Hari ini aku nak share cara cara nak buat toner. Muka aku ni sgt sensitif dgn produk produk kat luar sana. Kalau pakai toner kompem kulit muka naik jerawat dan kering dan jd merah merah. sadis gileee.



Cara buat toner ni aku dapat melalui majikan adik aku. Kulit muka dia lawa gile, umur dah 50 an wooo...kulit muka masih anjal, flawlessss sgt. seketul jeragat pun segan nak singgah muka dia. Dulu dia blajor dekat jepun, dia ckp produk muka terbaik di jepun adalah dari cengkerang penyu. Harganya mmg mahal kawww kaww punya. Aku yg pestaim dgr ni agak ternganga jgk mulut ni haaa.


Aku beli pencuci muka dekat dia jgk, pakai sabun habbatussauda (homemade). Aku sgt berpuas hati, satu buku baru RM3 yaaa...murahhhkannn...hehehe..okey aku bagi tahu cara cara nak buat toner ye...





Mula mula sekali kita perlukan tempat letak kiub ais, lemon, olive oil(organik) dan air mineral(air masak pun ok).Titikkan setitik olive oil dlm bekas kiub ais tu, selepas tu titikkan lemon dan letak kan air secukup rasa(hahaha)...simpan dalam peti. lepas cuci muka, wapkan muka (buanglah segala white n blackheads) baru lah pakai toner ni. best woooo. Rasa kebas kebas muka.  Toner ini jgk berfungsi utk tutupkan pori pori yg terbuka. hanya letak ais ni kat kwsn pori tu.Aku lepas pakai toner ni mmg rasa segar gile muka.


Selepas pakai toner selalunya pakai pelembab kan. Pelembab muka aku, adalah MADU. Madu sgt bagus ye utk melembabkan muka dan mematikan jerawat(perhh mematikan.hahaha) Pengalaman aku pakai toner ni, BEST gilaaa woooo. Pori semakin mengecil, parut jerawat makin pudar. Jerawat juga dh makin jarang singgah kat muka ni. So blh lah cuba ye. Toner ni bagus sbb takda bahan kimia langsung. Natural gituuuu...tataaaaa....selamat bercuti semua..







p/s: aku skrg tgh cari cara nak buat shampoo homemade pulak. selalunya sental pakai santan kelapa dan bunga raya. nnti aku share kaluuu jd...

No comments: