Friday, November 7, 2014

Natural Remedi | nappy rash / ruam lampin


Assalam,


Sebelum ni, anakku ada mengalami ruam lampin yg sgt teruk. Sampai satu tahap, punggungnya sampai berdarah. Bermacam cara aku dah cuba, produk produk organik semua aku beli dan sapukan...masih tidak baik juga, makin teruk lg ada. Bila nak mandikan, anakku kemain menjerit jerit nangis...sampai fobia nak mandi...huhuhu...rupanya, anakku ini ada alahan pada sebarang jenis krim...semua krim mmg aku campak buang semuanya...


Akhirnya aku jumpa juga jln penyelesaiannya...terima kasih Ya Allah, kerana menggerakkan hatiku utk mencuba kaedah rawatan ini...mcm mana aku tergerak hati nak cuba?...sebelum tu aku kena kayap, bermacam cara juga aku tlh cuba..masih tidak baik...so abg ku telah bg cadangan utk cuba campurkan dua bahan ni dan sapu pada kawasan kayap...dan dua bahan tu juga aku sapukan pada punggung anakku...alhamdulillah, dlm masa 2 hari terus ok ruam lampinnya...kayap aku juga telah pulih dlm tempoh 3 hari tanpa meninggalkan parut...






ok, dua bahan tu ialah cuka epal dan olive oil...cara nak campurkan dua bahan ini ialah sesudu olive oil...setengah sudu cuka epal...digaul sebati...dan sapukan pada kawasan ruam...



Tiap kali lepas tukar lampin, aku akan sapukan...buat dalam kuantiti byk pun ok...senang masuk dalam bekas bertutup dan boleh pakai bila bila masa shj...so, selamat mencuba...:)








p/s: sorry ye, aku ni tak pandai nak karang ayat sgt...ayat byk tunggang langgang...huhuhu...

No comments: