Friday, December 12, 2014

Doa anak

Assalam,



Sebelum ni aku pernah tulis di sini, mcm mana aku ambil kesempatan dgn anak. Sebelum tido, aku akan baca doa tido bersama sama dgn Mohammad. Memang menjadi amalan tiap tiap malam. Jika aku lupa, anakku akan minta aku bacakan bersama sama.



Mohammad suka ambil sejadah dan solat... Biasalah budak budak ni solat satu rakaat pun dah cukup baginya kan... Aku suka perhatikan segala perbuatan mohammad...Sebelum ni, selepas mohammad solat, dia akan tadah tgn baca doa ntah apa apa...



Sejak dua menjak ni...subhanallah..apa yg aku amalkan itu menjadi kebiasan pada anakku apabila mohammad tadah tgn berdoa. Mohammad akan duduk hadap kiblat, tadah tgn menghadap ke atas, dan berdoa " Ya Allah ampunilah dosa kedua ibu bapaku, serta keturunanku dan seluruh umat islam didunia ini"...









Aku sebak....hati bergetar...ampunilah dosa dosa kami Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun segala dosa...



Terima kasih anak, kerana sentiasa doakan ibumu ~~~ moga doa ini akan menjadi amalan kamu sampai bila bila...




No comments: