Thursday, February 26, 2015

mentafsir lukisan (contengan) kanak-kanak

assalam,



Malam tadi aku ada perbincangan dgn adik yg kerja di taska tu...bincang tentang emosi anak anak melalui lukisan...isunya ada seorang anak ni melukis (more kpd menconteng sbb lingkungan umur 1- 3 thn) secara lurus dgn penuh emosi...berkerut kerut mukanya...




Macam adik aku share, secara normalnya kanak kanak yg pertama kali memegang pensel atau crayon selalunya pergerakan menconteng secara membulat...tak kisah lah gambaran lukisan tu jd bulat ataupun tidak...





Every child is an artist. Itulah kata-kata Pablo Picasso. Tapi, Picasso menyambung ayat tersebut dengan kata-kata, "...the problem is how to remain an artist once we grow up." Kata orang, melukis ni minat. Itulah minat aku, walaupun mak marah sebab conteng dinding. Tapi bagi sesiapa yang ada anak yang suka melukis, korang boleh paham di sebalik misteri lukisan anak-anak korang. Itu pun kalau korang bagi anak-anak korang pegang pensel warna, pensel 2B, marker or magic pen.



Menurut Carl Jung, pakar psikologi, seni lukis sebenarnya sejenis terapi. Membiarkan kanak-kanak mengembangkan imaginasi dalam setiap pemerhatian diorang adalah komunikasi non verbal- menggambarkan reaksi wajah, pergerakan tubuh, postur dan gambaran bahasa badan dalam lukisan. Setiap lukisan menunjukkan perilaku, sikap, personaliti dan bentuk pemikiran kanak-kanak. Jadi, luangkan masa individu untuk anak korang. Diulang...masa individu. Pada masa individu itulah korang akan nampak di sebalik pemikiran seorang kanak-kanak. Kalau korang gabungkan anak korang, kongsi pensel warna, apa yang korang nampak cuma peperangan. Well, kids.....petikan artikel disini...




Sesungguhnya bukan senang nak paham lukisan budak. Macam cakaran. Tapi untuk memahami misteri lukisan kanak-kanak, korang mestilah:



1. Faham sebab apa lukisan itu dihasilkan.Adakah ia mengandungi benda baik atau pelik? Jika ada perkara pelik, kanak-kanak itu sedang mengalami masalah.


setakat ini, anakku suka conteng bentuk bulatan sambil mulut menyanyi "bulat kecil, bulat besar". Aku tak nampak lagi lah yg pelik pelik...




2. Apa yang korang rasa di sebalik lukisan itu? Adakah ia memberi makna gembira atau marah? Jika marah, cari punca kemarahan.


hhmmm...sbb anakku masih kecil lg...aku hanya nampak anak aku enjoy menconteng...sambil menconteng mulut tak berhenti bercakap...




3. Perhatikan penggunaan warna lukisan. Jika ia kelihatan lembut dan kemas, emosi kanak-kanak dalam keadaan yang baik. Jika ia kelihatan serabut dan keras, emosi kanak-kanak tidak baik.


anakku suka bercampur campur warna...yg aku perasan kalau dia tgh melukis agak jarang lah lukisan tu tersasar keluar dari kertas lukisan...bukannya ke lantai...




4. Kira jumlah penggunaan warna. Jika lebih dari 5 warna, perkembangan emosi kanak-kanak itu stabil. Jika kanak-kanak melebihi 3-4 tahun menggunakan warna yang sedikit, kanak-kanak mengalami masalah emosi. Mungkin fizikal.


anakku kalau menconteng, mmg suka tukar tukar warna..baru guna warna hijau dah tak sabar nak guna warna lain...selalunya satu contengan melebihi 5 warna...


-Penggunaan warna hitam ni biasanya menggambarkan pemberontakan.

-Penggunaan warna merah ni biasanya membawa maksud kekuatan, unik, agresif, hiperaktif, esentrik, dan sifat teruja.
-Penggunaan warna hijau membawa maksud kebebasan, keras kepala, pendesak, bertenang dan sifat berhati-hati.
-Biru membawa maksud caring dan enjoy company.
-Pengaruh warna kuning tu membawa maksud sifat riang dan bijak.



5. Kenalpasti alat lukisan yang digunakan oleh kanak-kanak. Jika kanak-kanak lebih menggemari pensel biasa berbanding pensel warna, berkemungkinan kanak-kanak itu kurang menyerlah dan kurang positif (rendah diri).


aku hanya bg anakku pensel warna, crayon...selain tu mmg aku jarang bg...ehh kiranya anak aku tak ada pilihan la ni kan...heeeeee...




6. Kenalpasti subjek lukisan kanak-kanak. Jika lukisan dipenuhi subjek sampingan, kanak-kanak cuba menarik perhatian. Kanak-kanak yang impulsif (gemar menurut kata hati) biasanya tidak melengkapkan lukisan mereka, lukisan kelihatan terlalu kasual (berhati-hati) dan sukar untuk dikawal.


anakku kalau kertas dah penuh dia lukis, dgn sendiri dia akan berhenti melukis...lepas tu sibuk suruh aku lukis tgn dan kaki dia...dia tekap tapak tgn pada kertas dan aku akan lukis...aku juga akan minta anakku melakukan perkara yg sama...watak sampingan, takde lagi sbb masih fasa menconteng...



Setakat ini, fasa perkembangan anakku masih stabil dan normal mcm kanak-kanak lain...alhamdulillah...







aku kalau ada masalah, aku akan menconteng/menulis...selalunya aku akan tulis nama org disekeliling aku sampai penuh kertas(berulang ulang)...tulis nama dalam tulisan rumi dan jawi...aku suka buat khat...kalau menconteng aku suka lukis gambar org...more kepada wajah...sambil tu kepala aku akan ligat berfikir...layan kepala...sampai lah satu tahap aku akan tersedar sendiri...aku ni jenis sukar nak kawal emosi...walaupun aku sukar nak kawal emosi, aku lebih suka memendam...jarang nak luah...kiranya dalaman aku berkecamuk...hhmmm....aku kena berbaik lebih lagi dgn Maha Pencipta...



No comments: