Tuesday, July 28, 2015

kuda tua

assalam,




Baru baru ni hangat dalam wassap adik beradik isu kuda tua aka kereta tua.hahaha. abg aku punya pasal la ni, tu hari keretanya eksiden abis semua tak dapat diselamatkan. dia kemain lah usha nak beli kereta baru, tp aku membantah (mogok takmau jd penjamin), aku suruh abg pi beli kereta murah murah je. bincang punya bincang aku yg merajuk, padahal dia yg nk beli..hihihi...lama gila aku merajuk mkn 2 3 bln jgk.




Beberapa hari sebelum raya aku ada dgr cerita abg dah beli kereta lama, saga lama harganya dlm rm800...murahhh tu...bayar cash...hihihi...aku suka je....keretanya semua ok, aircond kereta pun cun lg, body dan enjin kereta masih baik...aku tak berapa berkenan dgn buat hutang byk2 utk beli kereta ni, tgk lah keadaan ekonomi skrg tak brape bagus utk melabur nak beli kereta mahal2...rugiii...aku sendiri pun beli cash kereta harga rm4000, cerita 7 tahun lepas lah..hehehe...




So, dalam wassap tu abg aku kemain lah buat ayat sedih, aku ajak adik beradik berkumpul balik ke kg nk melawat kubur arwah ummi. abg aku ckp tak tau lah dpt kumpul nanti sbb dia pakai kuda tua. hahaha...adik aku yg laki tu ckp "eleh apedahal kuda tua, kite ni lagilah pakai kuda monopos"..hahaha...mmg lawak. sbb nya adik aku yg laki tu bwk kereta bapak yg sudah berumur lebih 30 thn...cool gile kot...kereta aku sendiri pun kereta lama, sama je dh jd kuda tua...so masa raya tu hari kami berkonvoi bersama sama menaiki kuda tua..hihihi....




kuda tua yg masih ok digunapakai :)



kereta kesayangan aku ni, umurnya dah 19 thn. aku baru pakai 7 tahun dari kosong, aku makeup2 kanlah sikit sikit. dah pakai 7 tahun barulah makeupkan rim tayar tu haaa....itu pun selepas kereta aku kena calar yg teruk semasa parking kat bank, sekejap je kot keluar bank tgk dh kena...sedihh sungguh...banyak sgt kenangan dgn kereta ni...kejap kamcing kejap bergaduh (dgn kereta pun nk buat perangaikannn)...smile...





p/s: anak ku nmpk kereta ni selepas keluar bengkel, siap ckp "fuyoooo kereta ibu pakai selipar baru". erkkk tu tayar nak...tayar...bukan selipar....

No comments: