Wednesday, September 2, 2015

Homeschooling : AJAR anak apabila jumpa kawasan perkuburan

assalamualaikum,



Aku mmg sedari kecil, mmg telah diajar oleh arwah ummi, tiap kali bertembung dgn kawasan perkuburan hendaklah ucapkan 'Assalamualaikum wbt ya ahli ahli kubur' dan hadiahkan alfatihah.



Aku mula ajar Mohammad sejak awal tahun ritu. Tiap kali bertembung aku mesti peluk mohammad dan tunjukkan kawasan perkuburan sambil memberi Assalamualaikum wbt serta hadiahkan Alfatihah. Aku ucapkan ditelinga Mohammad.


Reaksi anakku, dia gelak sambil buat muka kompius.hihihi...Mohammad tanya aku, sebab apa kena ucap assalam...kat kubur tu takde org pun...kubur tu ape...sape duduk kat situ...banyak sungguh pertanyaan Mohammad. yelah selalunya kite beri assalamualaikum bila bertembung dgn manusia kan.




So, aku berilah jawapan dgn sejujur jujurnya... aku kata tu kawasan perkuburan untuk orang islam. Kalau kita dah sampai ajal, mati...kita akan ditanamkan kat situ...jasad kita akan ditanam disitu sehinggalah sampai tiba masanya kita akan dibangkitkan...menandakan hari sudah kiamat... Aku juga ckp kat Mohammad bila kita lakukan perbuatan dan ucapkan perkara yg baik baik, Allah SWT akan bagi hadiah pahala banyaaaaak sgt...hadiah besar...hadiah yg cantik....Mohammad nak apa apa semua Allah akan tunaikan...Mohammad nak?...hehehe..kemain angguk angguk kepala sambil mulut kemain riuh bercerita nak hadiah robot yg besar.



Budak suka jawapan yg jujur...kita sebagai ibu bapa kena bg tahu perkara yg sebenar...umur mcm Mohammad skrg ni mmg suka bertanya dan mahukan jawapan yg dapat memuaskan hati...




Hampir sebulan jgk lah aku biasakan Mohammad dgn memberi assalamualaikum apabila bertembung di kawasan perkuburan...tiap kali aku ucapkan assalamualaikum tu, mesti mohammad akan berulang ulang tanya soalan. kalau dah sehari hampir 5 kali aku lalu kawasan perkuburan...5 kali juga Mohammad akan tanya soalan yg sama...Mohammad ni suka main main...bertabah dan bersabar je lah aku...hihihi...yelah nak jadi ibu A+ kena lah byk bersabar dan berdoa...walaupun ada masanya aku blh jd hulk...ggrrrr....



Akhirnya Mohammad sendiri sudah biasakan diri apabila bertembung kawasan perkuburan, dia sendiri akan ucap assalamualaikum dulu serta hadiahkan Alfatihah. Aku suka buat buat lupa, nanti Mohammad akan tegur "ibu tak beri assalamualaikum pun, saya dapat pahala lebih. ibu tak dapat lahkan".hehehe...aku tersenyum tgk gelagat Mohammad...anak anak...




Hari raya hari tu, pertama kalilah aku bawa Mohammad melawat kubur arwah ummiku...jenuh dan menggelikan hati...Dari dalam kereta kemain lagi bercakap "ibu tu kubur lah...kita kena beri assalamualaikum kan"..."ibu mana kubur uwan"...banyak lagi soalannya...Apabila kaki Mohammad melangkah masuk ke kawasan perkuburan, betapa bersabarnya nak tunggu Mohammad. Sebabnya satu satu kubur Mohammad beri assalamualaikum...nak menghala ke kubur arwah ummi tu kena tempuh lebih 50 kubur...bayangkan betapa lamanya kena tunggu Mohammad berdiri menghadap satu satu kubur dan memberi assalamualaikum....takpelah anak...ibu rela bertabah dan bersabar...



Sesampainya di kawasan kubur arwah ummi, Mohammad bertanya lagi...ibu ni kubur arwah uwan ke...arwah uwan buat apa...uwan duduk dalam tanah ke....fuhhh...lap peluh....aku memberi penjelasan lagi....abg aku ketuai bacaan doa....Mohammad tadah tgn sambil berdoa "assalamualaikum ya ahli ahli kubur...assalamualaikum uwan"...berulang ulang....aku mampu tersenyum...nak dihalang muka Mohammad tgh serius dan nampak keikhlasannya...budak budak kan....dalam hati aku ni kemain sedih, aku cuma ucap dalam hati semoga ummi gembira kami datang...mereka semua ni adalah cucu cucu ummi...inilah kali pertama kami dapat berkumpul semua adik beradik berserta anak anak kami...abah dan mak pun ada...sedih....




Aku seronok sgt...sekarang sudah menjadi habit Mohammad...asal nampak kawasan perkuburan je, cepat cepat Mohammad akan ucapkan Assalamualaikum...inilah namanya pahala yg berterusan dan berpanjangan....dari uwanku...ummiku...diriku...anakku...moga hingga kecucu dan cicitku dan keturunan seterusnya...insyaallah...









No comments: