Monday, October 19, 2015

Natural remedies : Batuk dan cara rawatan pengganti neb

Assalam,



Aku nak kongsi cara rawatan yg mmg khas utk batuk. Baru baru ini anakku mengalami batuk yg agak berpanjangan. Jadi cara rawatannya adalah secara berperingkat. Batuk ni bagus sebenarnya, sebab batuk ni adalah 'alarm' dari Allah S.W.T menandakan dalam badan(paru-paru) kita ada benda kotor yg perlu dikeluarkan (haishh ayat aku ni, aku tak reti nak menerangkan)...huhuhu...




Ok, pertama sekali, aku akan bg madu kelulut tiap tiap pagi ketika perut kosong. Aku akan sekat segala susu lembu, gandum. Segala makanan bertepung semua mmg aku akan sekatkan dahulu.Aku juga dapat satu tips yg baru ketika anak bangun pagi, dalam keadaan perut kosong hendaklah tepuk belakang anak di bahagian paru paru belakang sebanyak 5 kali. 5 kali kanan dan 5 kali kiri. Sebelum tepuk pastikan anak tarik nafas dalam dalam sebanyak 5 kali. kedudukannya berada atas 4 inci dari pinggang.




Masakkan sup garlic or halia. Sup bagus utk beri kehangatan dalam badan. Ia dapat meloggarkan or mencairkan kahak dalam paru paru. Selain itu, dalam tempoh tiga hari aku akan bagi jus nenas + halia. fungsinya sama juga seperti sup tadi utk melonggarkan dan mencairkan kahak. Buah nenas bagus utk batuk. Satu biji nenas + dua inci halia dibuat jus. Jus fresh tau, bukan guna kordial. Anakku minum kemain laju, kejap je dah habis. suka betul dia. Satu biji nenas tu dapat dalam satu jug air. boleh bg anak setengah cawan jus dalam tempoh 3 hari. Selebihnya kita minum lerrr..hihihi...


mr google

miss google




Anakku mengalami batuk kering utk pertama kalinya, mmg sedih lah tgk dia...huhuhu...selepas aku bagi jus nenas campur halia dan juga sup, batuknya sudah mula kedengaran berkahak. Selepas tiga hari aku bagi jus nenas, aku bagi jus halia + madu kelulut. Sukatannya halia dalam 4 inci dibuat jus. Secawan jus halia tambah 2 sudu madu kelulut. Fungsi jus nenas campur halia adalah utk melonggar dan mencairkan kahak, manakala fungsi jus halia campur madu adalah untuk mengeluarkan kahak melalui muntah dan hidung melalui selsema. Haaa ini lah, yg aku katakan rawatan natural pengganti neb.




Dalam tempoh seminggu aku bagi jus halia campur madu tu, anak aku akan mengalami batuk yang kuat dan akhirnya muntah kahak. sangat banyak.huhuhu...selsema kemain banyak keluar (selsema bagus ya, salah satu ciptaan Allah yg sgt hebat. selsema yg keluar adalah kahak yg berada dalam paru paru). Jangan risau sekiranya anak kerap tertelan kahak, kerana kahak itu akan keluar melalui najis. Aku bagi jus halia campur madu ini dalam tempoh seminggu sahaja. Sukatan jus halia campur madu ni, aku bagi melalui picagari, acah acah mcm ubat. hihihi...anakku kemain excited, pelik sungguh...aku bagi time pagi tengah hari dan malam. kalau ikut kan anakku dia minta setiap minit, katanya macam air oren.

mr google




Selepas itu, aku bagi anakku jus pegaga. fungsi pegaga adalah utk menyejukkan badan. Jus pegaga bolehlah dicampur dengan gula perang (organik) kalau takde sgt boleh ganti dgn gula melaka. sedap wooo...



Alhamdulillah, sekarang batuk anakku makin pulih. Selamat Mencuba. :)







No comments: