Friday, November 13, 2015

kereta terkunci

assalam,


Pagi tadi ada suatu peristiwa terjadi. huwaaaaaa. kereta aku ter auto lock. Aku baru je keluar kereta utk hantar anak masuk ke taska. Selalunya aku tutup pintu kereta dgn perlahan. Hari ini aku pi tutup dgn kuat pulak..sadis sungguh. Sejam jugalah masa yg diambil utk buka lock.




Aku kemain kompiden, suruh adik aku ambil gunting nak buka bonet. Yelah aku pernah buat kat kereta abah ok je terbuka...sekali kereta ku, enggak mahuuu pulak...haish...



kemain lah godek godek semua pintu, masih lagi tidak boleh buka...aku dah pucat tunggu tepi kereta tu...huhuhu...dgn enjin kereta masih hidup...aircond masih on...lagi lah susah nak buka...last ada orang tolong panggil pomen. pomen geleng kepala...sebab kereta satria susah nak buka lock nya. aku ingat tadi nak je pecahkan cermin kereta...



sobsobsob...huwaaaaa...dah lah kereta baru lps cat...


Selepas sejam, barulah lepas buka lock kereta. kereta ni jenis lock kat pintu tepi kereta, tu yg payah nak buka. Kereta aku ni, alarm nya sensitif sgt. Asal bunyi petir guruh je mesti bunyi alarmnya. aduhai kereta kesayangan ni.




Memori sungguh lah. ni lah pertama kali terjadi sepanjang aku memiliki kereta ini..Moga lepas ni aku akan lebih peka...tak nak dah terjadi peristiwa ni lagi. Gelabah sardin dah aku pagi pagi...ggrrr







No comments: