Monday, March 14, 2016

Gila

Assalam,



Lama betul rasanya tidak menaip dalam ni. Biasalah hobi lama muncul kembali, hobi membaca buku. Aku rasa bukan setakat hobi membaca, sekarang ni aku jadi gila membeli buku jugak. Yee gila...hahaha...



Bertahun aku melupakan hobi aku ni. Dari aku kecil abah suka belikan bermacam macam jenis buku. Buku yg paling aku suka ialah buku penyiasatan. Penuh koleksi buku penyiasatan, siap ada 'mini library' kat rumah.  Dulu aku ni selalu berpindah randah,  semasa berpindah randah habis buku jadi rosak.sobsobsob. Aku ni kalau dah membaca, mmg kusyuk habis. Bila habis satu buku, aku dah jadi tak ketahuan. Yelah nak membaca buku seterusnya dah takde. Penyelesaiannya, beli dgn kadar banyak.hihihi.



Sebelum ni aku takde lah gila membeli buku mcm skrg, sbb harga buku kan mahal. Beli 2 buku harganya dah lebih rm100. disebabkan aku dah terjebak dgn satu website ni..grrrrr...aku jadi gila membeli. dalam tempoh 1 minggu aku beli lebih 10 buku...sampai guard kat opis ni dah geleng2 kepala...hahaha...



Ni semua salah web carousell. hahaha. hari hari kot aku dok usha buku, novel, ntah apa apa lah. web ni mmg khas utk makhluk mcm aku. barang barang preloved berlambak lambak. harganya, waduhhh murah2. satu buku boleh dapat rm5 hinggit je. ko tgk bersemangat aku promote.hihihi...













So azam aku utk bulan 3 ni...pleaseeee, tahan kan diri dari membeli lagi...hihihi..k tata...


No comments: