Saturday, July 2, 2016

borak-borak

Assalam,


Tinggal beberapa hari ramadhan akan tinggalkan kite. Moga diberi rezeki, untuk bertemu lagi pada tahun hadapan. Diharapkan dalam suasana yang baik. :)



Sepanjang bulan puasa tahun ini, aku mempunyai semangat yang agak tuff untuk memasak hari-hari. alhamdulillah.Sebenarnya tahun ini aku agak letih. Kerja kemain banyak. Letih mengadap pc. Letih mengadap sistem. Tahun ini juga aku diwajibkan utk kerja pada hari sabtu..arahan mandatori..huwaaa..Letih sangatttt...




Peringatan raya pada tahun ini, aku hendaklah berhati hati makan ketika beraya dirumah org. Tahun lepas, memang menjadi igauan buruk betul. siyesss..aku tak pernah mengalami keracunan makanan seteruk tahun lepas...Pertama kali dalam hidup, aku termakan sambal ayam yang tidak dimasak dgn baik. dalam kata lain ayam mentah...sakitnya berkali kali ganda. sakit perut, muntah, membuang serentak..3 hari aku menanggung sakit, sampai turun berat hampir 4 ke 5 kg...selama sebulan aku tak berselera tgk segala juadah..trauma woooo...masa aku terlantar sakit, orang sekeliling aku tak berhenti henti suapkan madu setiap jam...alhamdulillah aku pulih dgn jayanya...




Tahun ini juga, cuti kami akan dibekukan. tak boleh lah cuti lama. Kalo ikutkan minggu depan pun kena kerja jugak..Aku keraskan hati, balik ke kg..gila nak mengadap kerja kan..tak tau lah bos lulus cuti atau tak. kita redahhh!!...hihihi...yelah aku dah 6 bulan tak jumpa bapa kesayangan. Aku balik kg time raya je. sedih betul. sobsobsob...




sebahagian baju raya anakku (tahun lepas)


Raya tahun lepas, aku bertukar angin belikan persiapan raya anakku, semua baju baju bundle. mmg tak betul ibumu kan anakku..hihihi..baju bundle kanak-kanak tahun lepas sgt menggoda wooo..cantik sgt..tu aku kemain pulun beli. sehelai paling murah rm5. aku beli lebih 10 helai. berbaloi sgt.



Tahun ni, aku kembali menjadi normal semula, belikan pakaian yg baru. Tetapi anakku ini bukan dia kisah sgt pun baju baju ni, aku nak belikan songkok pun dia taknak. katanya, semua dah ada kat rumah. Misi anakku tahun ini, adalah kasut lampu.hahaha...dah dapat kemain menyengih. senyum sepanjang jalan balik...alololo comel je perangai...hihihi...





wokeh lah penat menaip ni haaa...rest sekejap..satgi nak balik rumah, nak jahit langsir.hihihi..


Sebelum tu, aku nak ucapkan selamat hari raya. maaf ek kalau ada terguris hati, terkasar bahasa sepanjang aku menaip dan sharing ape2 dalam ni. Hati-hati memandu ketika pulang ke kampung ye...tataaaa kawan-kawan..Assalammualaikum..smile :)


No comments: